Wednesday, September 1, 2010

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.
...........................................................

Mandi wajib yg betul…..

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
......................................................................................

Panduan Tambahan

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).-
( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
................................................................

Rahsia 13

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.


Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Monday, August 16, 2010

DOSA TERAKHIR SEORANG ISTERI

sekadar gambar hiasan


Luahan hati seorang isteri.......
Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan.


Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini. Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup.Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara,saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.Kami di anggap pasangan romantik.


Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya. Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa. Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya.


Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur,hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing. sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun.


Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan.Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat.Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak,sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut dipinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya.


Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya,kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik.Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri elayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan member salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi.Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.

Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab.Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital,tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami,tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini.Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu,maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya. Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya,tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur,tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."


Sehingga kini,setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi.Saya akan bermunajat dan mohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya.Itulah harapan saya ...semoga Allah perkenankannya.

Nota kaki: Seperti yang pernah disarankan oleh Dr Fadhilah Kamsah.. pohon la kemaafan kepada suami sebelum tidur... maafkan juga mereka2 yang ada kaitan dengan kita sebelum kita tidur.. kerna kita tak tau.. apakah esok kita masih boleh bangun or.. macam dlm kesah ni.. :)...

PENYESALAN SEORANG LELAKI

.:sekadar gambar hiasan:.



Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu,
dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah. Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku,
“Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…”

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,”
tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”


Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis,
“Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..”
Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya,
“Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,”
pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.
Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.


nota kaki: hargailah pasangan anda...

Friday, July 9, 2010

KERANA TANAH PUSAKA!!



Hidup Mak Munah sekeluarga amatlah miskin dan susah. Sudahlah diceraikan suaminya, ada rumah dan tempat tinggal pula, tiba tiba saja dihalau keluar oleh abang ipar dan kakak kandungnya sendiri. " Kau dan anak anak kau boleh keluar dari tanah ini," bentak Abang Longnya dengar kasar. " Tapi Abang Long, mana saya nak tinggal? Anak anak saya semuanya masih bersekolah lagi, dan Abang Long pun tahu yang saya ini sebatang kara tiada saudara mara yang lain, hanya pada Abang Long dan Kak Longlah tempat saya mengadu," rayu Mak Munah dengan linangan air mata.

"Aku tak peduli, tanah yang kau duduk tu aku nak bagi bagikan pada anak anakku sebelum aku mati. Lagipun selama kau duduk ditanah ini satu sen duit pun kau tak campak pada aku laki bini." Tersentak Mak Munah mendengarkan kata kata yang keluar dari mulut abang iparnya itu. Setahu Mak Munah tanah itu adalah tanah pusaka arwah bapanya. "Kak Long tolonglah saya, saya rayu pada Kak Long, saya rela sujud pada Kak Long, saya rela cium kaki KakLong, tapi tolonglah jangan halau saya anak beranak keluar dari sini,'' semakin kuat tangisan Mak Munah. "Aku tak boleh buat apa apa Munah, tanah arwah abah tu, aku dah jualkan pada Abang Long kau. Jadi sekarang ini semua kuasa ditangannya."jelas Kak Long tanpa rasa belas kasihan lagi.

"Sampai hati Kak Long buat saya anak beranak macam ini. Tergamak Kak Long. Dulu Kak Long janji saya boleh duduk sini sampai mati." rayu Mak Munah sambil menangis. Tanpa putus asa Mak Munah terus merayu kepada Abang Longnya,"Tak boleh ke Abang Long tunggu sampai salah seorang anak saya bekerja dulu, barulah saya keluar. "Tak boleh! Lagi lama kau duduk sini lagi sakit mata dan hati aku pada kau anak beranak. Sudahlah Munah, janganlah nak buang masa aku lagi. Sekarang juga kau boleh keluar. Keluar.......! Keluar.......! Keluar.......!" halau abang long seraya ditendangnya kepala Mak Munah yang bersujud dikakinya. Serentak dengan itu juga terdengar suara anak abang long yang nombor 3 marahkan Mak Munah.

"Ei..... tak reti bahasa langsung orang tua ni." "Mak Munah, Encik tu memang dah bencikan sangat Mak Munah anak beranak. Usahkan tengok muka tengok kelibat Mak Munah pun dia dah menyampah". "Jadi nak tunggu apa lagi berambuslah sekarang". bentaknya dengan sombong. Melihat keadaan ibunya yang meraung, Milah anak Mak Munah yang sulung, yang baru pulang dari sekolah terus memeluk ibunya dan turut menangis hiba. "Hey Mak Long, Pak Long, kalau dah benci sangat pada kami janganlah sampai menghina mak Milah sampai begitu sekali." marah Milah pada Pak Long dan Mak Longnya. "Kurang ajar punya budak, dah lah miskin tak ada bahasa pulak tu," hampir saja abang long menampar muka Milah. "Apa selama ini Pak Long ingat yang Pak Long anak beranak dah berbudi bahasa dengan kamilah. Sudahlah Pak Long jangan nak bermuka muka.

Kalau sekarang Pak Long kedekut dengan tanah Pak Long yang sekangkang kera tu, Milah doa pada Allah Taala esok bila Pak Long, Mak Long nak mati susah, nanti mati dihimpit tanah." pekik Milah lagi. Dia sudah tidak peduli lagi apa orang nak cakap, dia kurang ajar ke atau apa ke yang penting sekarang dia puas dapat meluahkan isi hatinya. "Sudah Milah! sudah..........sudah.......... ," Mak Munah menjerit. "Mari mak kita balik, kemaskan barang barang kita, cepat cepat kita keluar dari tanah sial ini," celupar sekali kata kata yang keluar dari mulut Milah akibat terlalu marah dan geram dengan sikap Pak Long dan Mak Longnya.

Jiran jiran sekeliling yang menyaksikan peristiwa itu turut sama menangis dan simpati dengan nasib Mak Munah. Kesian Mak Munah mana dia nak tinggal sekarang ini? Mak Munah dan Milah menyusuri lorong-lorong kehidupan yang sempit dan dihujungnya seakan sudah hilang sinar. Darah daging yang diharapkan boleh membantu menongkat lemahnya sudah tidak boleh diharapkan lagi. Mak Munah telah dipertemukan dengan seorang budiman yang memberikan rumah untuknya berteduh. Digunakanlah kesempatan itu membesarkan anak-anaknya terutamanya Milah yang semakin meningkat dewasa. Mak Munah berniaga kecil-kecilan menyuap nasi kepada anaknya sehinggalah Millah akhirnya tamat belajar dari Universiti dalam bidang kejuruteraan. Selang setahun kemudian, Millah diterima berkerja di Salah sebuah syarikat gergasi Pemaju Perumahan di Kuala Lumpur.

Selepas hampir 15 tahun berpisah dengan Abg Longnya, Mak Munah hidup berdikari tanpa perlu meminta satu sen pun bantuan dari mereka. Mak Munah masih rindukan kampung halamannya dahulu. Tanah pusaka itu, dulunya terpaksa dijualkan kepada Abg Longnya semata mahu menyekolahkan anak-anaknya. Dia terkenangkan mungkin anak-anak saudaranya sudahpun dewasa dan memiliki keluarga sendiri. Seperti anak-anaknya, Mak Munah berasa puas dengan kejayaan anak anaknya, masing masing telah bekerja, ada yang berjawatan tinggi dan sudahpun mempunyai keluarga sendiri.
Sedang asyik mengelamun, Mak Munah terdengar bunyi hon kereta. Dia kenal, itu anaknya Milah pulang. Dibukanya pintu rumah dan melihat susuk tubuh anaknya berdiri sambil mengukir senyuman. Ditangan ada sekeping sampul surat.

“Milah, kenapa pulang tak bagitahu Mak? Mana suami kau? Mak Munah bertanya kehairanan.
“Abg zam dia kerja mak, Milah pulang sebentar sahaja, ada sesuatu yang milah nak tunjukkan pada mak, ini....”
Mak munah terus mengambil sampul dari tangan Mak Munah dan dibukanya dengan cepat kerana tidak sabar melihat kandunganya.
Serta merta, Mak Munah memeluk milah dan menangis. Milah juga turut menangis.
“Macamana kau dapatkan ini Millah....”
“Demi mak yang milah sayang, ini hak mak, Saya selaku anak sulung, berhak mengambilnya semula”.
“Mana pak Long dan mak Long kau?”
“Mereka dah dihalau oleh anak-anak mereka dan dengar cerita sudah ditempatkan ke rumah orang tua. Anak mereka telah melelong tanah itu dan Milah segera membelinya dari mereka.”
“Mereka kenal kau milah?” Air mata Mak Munah mengalir. Ada sedikit rasa puas dihatinya.
“Tak Mak... Millah rahsiakan...”

Mak Munah masih memeluk Millah, tidak pernah terfikir dihatinya akan berjaya memiliki semula tanah pusaka itu.
Menitis lagi air mata Mak Munah.
“Esok, kita jumpa Pak Long dan Mak Long, kita ambil mereka, dan biarlah mereka duduk dengan kita. Mereka sahaja darah daging yang kita ada. Mak dan lama maafkan mereka.”
Milah senyap. Terasa juga membahang hatinya mengenangkan kekejaman Pak dan Mak suadaranya.
Milah cium tangan ibunya sambil menangis teresak-esak.

“Mak insan mulia... “Itu yang mampu Millah ucapkan.
Terdetik dihatinya, hanya kerana tanah pusaka, kejayaan hidupnya sebagai hadiah hasil kesabaran mereka sekeluarga.

Sunday, May 2, 2010

JANGAN PISAHKAN

.:sekadar gambar hiasan:.



Biar cinta terhalang gunung dan samudera
Aku tetap memegang janjiku padamu
Biar jurang yang terjauh ada di depanku
Takkan goyah sumpahku terhadap dirimu
Kita bagai kumbang dan bunga
Hatiku pasti hatimu jua
Namun mengapa ada saja
Yang benci tulus cinta kita

Jangan pisahkan
Aku dan dia
Tuhan tolonglah
Ku cinta dia
Biarkan kami tetap bersama
Di dalam suka dan duka

Biar cinta
Diuji lautan yang bergelora
Aku tetap menjulang namamu di jiwaku
Kita bagai bulan dan bintang
Hatiku pasti hatimu jua
Namun mengapa ada saja yang benci tulus cinta kita

Jangan pisahkan
Aku dan dia
Tuhan tolonglah
Ku cinta dia
Biarkan kami tetap bersama
Di dalam suka dan duka


Tersentak hatiku ketika mendengar lagu dendangan Phyne Ballerz. Lantas aku kesat air mata jernih yang mengalir membasahi pipi gebuku. Hatiku terguris tanpa berdarah. Sejenak itu aku teringatkan seseorang yang pernah mendiami hati ini.

“Ree, janganlah lari!”
“Aku nak tengok jugak”

Itulah detik istimewa buat kami. Dulu, betapa hati ini membenci dirinya. Usahkan panjang, poyo, gila, semua seranah dan cemuhan aku telah memakinya. Tapi, benarlah kata orang tua-tua, orang yang paling kita benci suatu ketika dulu tidak mustahil akan menjadi orang yang paling kita sayangi. Kami sering bergaduh. Aku sering mencari kesalahannya. Dia pun berkelakuan begitu. Tanpa aku sedari, dalam diam hati ini berbunga-bunya setiap kali melihat anak matanya. Kami sedar kami sentiasa bergaduh. Tetapi kami menjadi malu sesama sendiri apabila cinta mula berputik. Kalau dulu, mulut inilah yang sentiasa membawa berita buruknya, tetapi kini mulutku terkunci rapat. Hairan juga sebab dia juga begitu. Ah, apakah yang sedang dia fikirkan? Kenapa aku sentiasa memikirkan tentang dirinya? Kami semakin rapat. Bermula dari situlah, kami sentiasa berhubung.

“Ally, sekiranya aku meminta sesuatu, adakah engkau akan berikannya?”
“Apa pulak ni Ree? Katakan, Insya Allah aku beri”
“Sejak aku berkawan dengan engkau, hidup aku sentiasa disinari cahaya. Engkau seorang sahaja yang memahami aku. Sekiranya aku meminta engkau menjadi teman sehidup semati bersama aku, engkau terima?”


Ya Allah, apakah benar apa yang aku dengar ini? Yahoo… Rupanya dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti diriku. Aku masih terkejut. Tiba-tiba, kedengaran Azri mengulangi namaku.

“Ree, kiranya perhubungan ini memberi kebaikan untuk kita, aku merelakannya”
“Terima kasih, Ally”

Sejak peristiwa itu, hubungan kami semakin rapat. Kami tidak belajar dalam sekolah yang sama. Jadi, telefon bimbitlah penghubung kami. Aku mengaku sejak aku menyayangi dirinya, hidupku semakin ceria. Dia banyak mengajar aku tentang erti kehidupan. Dia juga mendorong aku agar lebih cemerlang dalam akademik.

1 Oktober 1997 – Aku dan ayah pergi ke Institut Jantung Negara (IJN). Sudah hampir 10 tahun aku menghidap penyakit jantung.

“Penyakit awak tidak dapat dirawat melainkan dengan pembedahan”

Aku menjadi sayu apabila Doktor Mazwin memberikan laporan pemeriksaan terhadap jantungku. Aku mengkhabarkan berita ini kepada Azri. Azri turut simpati terhadap nasibku. Azri memberikan nasihat dan semangat kepadaku untuk terus berjuang.

Alhamdulillah, hayatku untuk terus hidup di bumi Tuhan masih panjang.

3 Januari 2005 – kami diijab Kabul menjadi sepasang suami isteri yang sah. Hidup kami bertambah bahagia. Kami hidup senang dengan hasil usaha yang kami perjuangkan di bangku sekolah.

1 Jun 2006 – Kami menimang cahaya mata. Betapa indahnya ciptaan Tuhan dengan mengurniakan dua orang cahaya mata yang kembar buat kami. Sungguh comel dan montel pipi mereka. Apa yang lebih menarik , anak kami kembar lelaki dan perempuan. Aku berazam untuk menjadi isteri dan ibu yang baik buat keluargaku.

2 Oktober 2007 – Ketika asyik aku melayan kerenah anak-anakku, jantungku seolah-olah ditikam. Tanganku terus menekan-nekan dada kiriku. Aku cuba mencapai telefon bimbit untuk menelefon suamiku. Tiba-tiba duniaku malap dan gelap. Sesedar itu, aku terlantar di atas katil. Dua orang anakku tidur lena di katil mereka. Di sisiku Azri, suamiku tersayang. Raut wajahnya yang penuh keresahan dan keletihan terlena dibuai mimpi. Aku mencapai jam tangan, pukul 7.00 malam. Aku terus bangkit dari katil dan membersihkan diri. Kemudian aku menuju ke dapur untuk membuat sajian makan malam. Malam itu Azri memberitahu bahawa doktor menyatakan supaya aku dibedah dengan segera kerana jantungku kian serius dijangkiti kuman. Demi keluargaku yang tercinta, aku pasrah dan terpaksa menghadapinya jua.

Doktor menetapkan 9 Oktober tarikh pembedahan akan dijalankan. Malangnya, 7 Oktober Azri berada di luar kawasan kerana menjalankan tugas. Tetapi Azri berjanji akan menemaniku di bilik pembedahan. Dengan semangat yang tidak putus-putus Azri berikan,aku terasa terkilan sekiranya itulah kali terakhir aku melihat dunia Tuhan. Inginku dakap kesemua ahli keluargaku. Aku tiba di bilik pembedahan, kelibat Azri masih tidak kelihatan. Doktor terpaksa menjalankan pembedahan tepat pada waktu yang dirancangkan. Aku disuntik kemudian tidak menyedarkan diri.

Terasa berat mataku untuk dibuka. Aku terus berusaha sehingga mataku berjaya dibuka. Aku melihat mama sedang mendukung Addy dan ayah sedang mendukung Adlina, kedua-dua anak kesayanganku. Hatiku menjadi sayu apabila mendapati Azri tidak bersamaku saat itu.

“Mama, Ree mana?”

Mama hanya mampu menangis. Aku hairan seketika. Anak mataku memandang tepat ke wajah ayah. Ayah mengusap rambutku sambil berkata,

“Ally, Azri suami yang baik. Dia sanggup buat apa sahaja demi rumah tangganya. Dia meminta maaf sebab tidak dapat menjenguk Ally. Tetapi, dia ada di dalam diri Ally saat ini”

Aku terpinga-pinga kehairanan. Drama apakah yang sedang berlaku?

“Ketika Azri menuju ke hospital dia terlibat dalam kemalangan. Ally bernasib baik kerana Azri dimasukkan ke dalam hospital yang sama, di sini”

Terang mama sambil tersedu-sedan. Aku benar-benar terkejut. Aku ingin bangkit dari katil tetapi tubuhku sangat lemah.

“Mama, ayah, Azri mana? Suami Ally mana??”

Air mataku sudah membasahi pipi. Aku benar-benar rindukan suamiku yang tersayang. Tidak pernah aku merasakan rindu sedalam itu. Ingatanku masih jelas kali terakhir aku bersalaman dengannya. Azri memeluk tubuhku dengan erat dan mencium dahiku. Terasa lebih selamat apabila berada dalam dakapannya.

“Ally, Azri sudah meninggal. Dia telah mendermakan jantungnya kepada Ally. Itu permintaan terakhir darinya kepada doktor ketika dia sedang tenat di bilik pembedahan. Tuhan lebih menyayangi dia, Ally”

Otakku seperti bergegar. Betapa pilunya hati ini kehilangam orang yang palingku sayangi. Air mataku tidak henti-henti membasahi pipiku.

“Abang, wajahmu, namamu, senyuman dan gelak tawamu tidak akan terpadam dari ingatannku”

Bisik hati kecilku. Aku berazam akan membesarkan anak-anakku dan mencurahkan kasih sayang sepenuhnya buat mereka. Demi impian aku dan suamiku yang telah sekian lama dinanti-nantikan.

“Tuhan, sekiranya kau pisahkan aku dengan suamiku yang amat aku sayangi sepenuh hatiku, aku terima. Tetapi janganlah pisahkan aku dan anak-anak kesayangku”


p/s: Cerpen ini telah disampaikan oleh saudari Eira Riena melalui email.

Thursday, March 18, 2010

JUBAH UNTUK IBU....


“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”,marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”,leter ibu lagi.



Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakit, sekarang nah, rasakan!” si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugalah Along menjerit kesakitan.



“Sakit bu….sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi…. Bu, jangan pukul bu….” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh di sekolah tak rasa sakit?” balas si ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along…bu, sakit bu..!!”,rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf dari ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakit dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu berhenti merotan Along. Tangan Along yang memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuat ibunya menangis lagi kerananya.



Malam itu, Along berjaga sepanjang malam.. Entah mengapa matanya tak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibunya di sebelah. Namun dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah tidak sedikit pun bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa ari mata yang bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya.



Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibunya dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu carcamarba, dan perasaannya semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.



Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandag ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini Berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada megaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.



“Ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “Eh jangan, nanti dulu…ibu tahu Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘Anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan.



“Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa Along balik ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah. Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali je!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak pernah masak lauk macam ni untuk Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mula mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.”, arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula buat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.



Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan untuk menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang dilengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni..’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La, kau ke, apa kau buat di sini?”, Tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa di sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, Cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “Waa….bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macam mana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak kau mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya.



“Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.”, cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk bahunya sambil tersenyum. “Kau ambil dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz. Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin menolong sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz. Tak pa lah, aku dating beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh.



Fariz hanya mengangguk senyum. Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Parutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soal ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan di luar saja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam.



Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil keputusan untuk membisu sahaja. “Along! kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu”, sampuk Alang adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah si tua ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.



Perasaannya menjadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, ibu pasti akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya hanya mahu sekadar mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar.



Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain. Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku Tanya kau jangan marak k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius je bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya kau lari dari rumah kan?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuat hati Along sebak.



Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker..?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “Ada” jawab Along pendek. “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau..” Along menggeleng-gelengkan kepala. “Semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya.



Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “Ala, gurau je la Abang Joe. Sebenarnya…saya nak bawa mak saya ke Mekah dan..saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri telah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita nak menghantar ibu ke Mekah.



Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni saya nak balik rumah..terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along setelah selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi “Tapi, kau kan boleh dating bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”,soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi.



Along hanya tersenyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh. Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu.



Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatanga sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagi tau pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak apalah, perkara dah berlalu..lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni”, terang Along dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagi tau, mak kau ingat kau yang salah”, kata Fariz lagi. “Tak apa la Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun, aku tak kisah.” “Zam, kau ni…” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz.”



“Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali k!” pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?”, soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia”, terang Along. Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk. “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo, hari lahir mak kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis? Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.



Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motorsikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya.



Kepalanya terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang-orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kukupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. “Ha…hadiah….untuk….ibu……..” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.



Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu membuka bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap Along selama ini. Andai Along melukakan hati ibu, Along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf Along ibu..Along janji tak kan buat ibu marah lagi. Ibu, Along saying ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu…dan terimalah hadiah ini…UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul.



Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamkannya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan itu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami.. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula….” Terang Fariz lagi.



Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu. Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.


p/s: Hargailah insan yang berada disekeliling kita sementara mereka masih ada....





Sekian Terima Kasih
Norazian binti Nordin